Bakul
merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada
anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa teknik digunakan
bagi menghasilkan bakul di mana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang
satu sentimeter terlebih dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah
dijemur beberapa lama sehingga kering. Bahagian dalam buluh itu
hendaklah dibuang kira-kira setebal 0.5 cm. Saiz bakul yang dihasilkan
adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas/dasar bakul.
Bilah-bilah buluh tersebut dianyam secara bersilang dan kemudian antara
bilah-bilah buluh tersebut diselitkan. Ia dilakukan secara berterusan
sehingga membentuk sebuah bakul. Bakul akan diwarnakan menggunakan
varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih
cantik dan menarik.
|
Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk
membawa, menyimpan, menyukat, menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul
berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas daripada buluh, bertiang buluh
sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan
menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan atau
mengisi beras atau padi.
|
Bakul lengkung pula berbentuk cekung dan beranyam rapat digunakan untuk mengisi beras, padi, kekacang dan sebagainya.
|
Bakul tapis adalah bakul yang digunakan untuk
menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh.Biasanya
bemban digunakan untuk bakul bagi tujuan lain.
|
No comments:
Post a Comment