Monday, 22 December 2014

Benak

Fakta Sejarah

Berdasarkan fakta sejarah, suatu ketika dahulu semasa pemerintahan sultan brunei, Debak telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran untuk kawasan Saribas (bukan Saribas seperti hari ini). Wakil Sultan Brunei ditempat ini ketika itu adalah Datuk Bandar Abdul Hamid, anak kepada Datuk Patinggi Kedit. Kini, nama wakil Sultan Brunei tersebut disematkan dalam sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar.

Sejarah awal menyatakan bahawa nama asal untuk Debak adalah "REBAK" - atau lebih dikenali oleh penduduk disini sebagai "Ugak" iaitu kayu yang hanyut di sungai. Fenomena "Ugak" atau kayu hanyut ini hanya berlaku di Debak (dan kawasan lain di Saribas).

Fakta sejarah [dari mulut ke mulut] juga menyatakan bahawa Fenomena REBAK ini adalah berpunca dari satu zaman yang dinamakan "Penanggal Kepala" yang popular satu masa dulu. Menurut sejarah tersebut, "Ugak" ini merupakan satu benteng supaya kumpulan Penanggal Kepala ini tidak akan mencari mangsanya di Debak (daripada menular dari kawasan Saribas lain).

Selain itu, Debak juga mempunya lagendanya tersendiri. Muungkin ramai yang tidak tahu bahawa Debak dahulu mempunyai fenomena "Benak" yang begitu besar. Bahkan lebih besar daripada benak yang dilihat di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Menurut cerita penduduk asal disini, suatu masa dahulu anak seorang pahlawan (bernama Datuk Ugak) telah menjadi mangsa kepada benak berkenaan ketika mandi. Apabila mengetahui anaknya terbunuh disebabkan benak tersebut, Datuk Ugak telah membawa sebilah pedang dan menunggu kemunculan benak tersebut.

Akibat berang, Datuk Ugak telah menetak benak itu dengan pedang yang dibawanya. Mengikut masyarakat di sini, semasa menetak Benak tersebut darah yang mengalir di dalam Sungai Rimbas. Oleh itulah, sampai sekarang tidak dapat lagi melihat benak tersebut di Debak pada hari ini, kerana dikatakan Benak tersebut telah "mati" dibunuh Datuk Ugak.

No comments:

Post a Comment