Debak juga dilengkapi
pelbagai kemudahan awam yang lengkap menjadikan ianya tempat yang
tidak ketinggalan dari arus kemodenan.
Antara
kemudahan yang ada di Debak ialah:
|
Pejabat Daerah Kecil Debak
|
|
|
|
|
Pejabat Daerah Kecil Debak
menjadi nadi perhubungan dan komunikasi
penduduk Debak dengan dilengkapi dengan
Pejabat Pos Mini serta kemudahan seperti
bilik mesyuarat dan pelbagai kemudahan lain.
Sesuai dengan berperanan sebagai pusat
pentadbiran bagi daerah kecil Debak dan di
bawah kuasa SAO Frank Lani.
Amanat
SAO Frank Lani
|
|
|
Klinik Kesihatan
|
|
|
|
|
Ditubuhkan sejak tahun 1972,
Klinik Kesihatan Debak telah menjadi aset
penting dalam menyediakan perkhidmatan
kesihatan dan rawatan kepada penduduk di
sekitar Debak. Kini, dilengkapi dengan
bangunan baru, Klinik Kesihatan Debak terus
memacu kehadapan dalam meningkatkan kualiti
hidup kepada penduduk Debak.
|
|
|
|
|
|
Balai Polis |
|
|
|
Balai Polis Debak telah
wujud di tapak lamanya sejak tahun
50-an. apa yang dikesali, tiada usaha
memulihara dan pengekalan warisan dilakukan
untuk menjaga salah satu warisan di Debak.
Sungguhpun demikian, Balai
Polis telah berpindah ke premis di pekan
Debak untuk memberikan perkhidmatan kepada
masyarakat di Debak.
|
|
|
|
|
Pejabat Pertanian Debak |
|
|
|
Sesuai dengan bentuk muka
bumi Debak yang landai dan bertanah aluvium,
kewujudan Pejabat Pertanian Debak dilihat
sangat penting dalam menyokong kegiatan
sosio-ekonomi berasaskan pertanian. Khidmat
nasihat, bekalan material dan hasil R&D
dapat dikongsi melalui Pejabat Pertanian
Debak untuk manfaat seluruh penduduk di
Debak.
|
|
|
|
|
Lembaga Amanah Kebajikan Debak (LAKID) |
|
|
|
|
Kewujudan Bangunan Lembaga
Islam Debak (LAKID) dilihat sebagai satu
tranformasi dan anjakan paradigma bagi
masyarakat Islam di Debak. Peranannya lebih
dalam menyediakan program kebajikan dan
pembangunan ekonomi masyarakat Islam. Dewan
LAKID ini sering digunakan dalam
program-program masyarakat di sini.
Pembinaannya yang
boleh memuatkan kira-kira 400 hingga 500
orang itu telah dilaksanakan pada tahun 2001
di bawah Pakej Pre-Emptive dan disiapkan
dengan kos lebih RM100,000.00.
|
|
|
|
|
Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar |
|
|
|
|
|
Mengambil nama sempena
Wakil Sultan Brunei di Saribas suatu ketika
dahulu Datuk Bandar Abdul Hamid, SK Datuk
Bandar merupakan sekolah rendah terbesar di
Debak. Dengan majoriti pelajarnya adalah
Melayu, di bawah pimpinan Guru Besarnya,
Cikgu Rapaie bin Bulat, SK Datuk Bandar
dalam proses memacu ke arah sekolah rendah
terbaik di Sarawak. Dengan kredibiliti Guru
Besarnya sebagai bekas pensyarah dan
Pengerusi Majlis Guru Besar Bahagian Betong,
adalah tidak mustahil untuk SK Datuk Bandar
mencapai cita-cita tersebut.
Selain itu, sekolah ini
menjadi pusat utama dalam perkembangan
pendidikan di Zon Debak. Tidak pernah lekang
dari aktiviti akademik dan kemasyarakatan
adalah rutin harian di SK Datuk Bandar.
Sekolah ini juga bnayk melahirkan persona
yang cemerlang dan ramai diantara mereka
telah melanjutkan pelajaran di SBP dan MRSM.
Laman
Khas SK Datuk Bandar
|
|
|
|
|
SJK Chung Hwa Debak |
|
|
|
|
SJK Chung Hwa juga merupakan antara sekolah
terawal di Debak. Dengan aliran Bahasa Cina,
ianya bukan sahaja menjadi pilihan
masyarakat Cina tetapi masyarakat Melayu dan
Iban di sini. Sekolah ini sering mendapat
keputusan cemerlang dalam UPSR dan merupakan
saingan utama SK Datuk Bandar. SJK Chung Hwa
turut melahirkan keluaran yang berkualiti.
Laman
Web SJK Chung Hwa Debak |
|
|
|
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas |
|
|
|
|
SMK Saribas menyediakan
lanjutan pendidikan dari peringkat sekolah
rendah. Menawarkan pengajian hingga
tingkatan 5, SMK Saribas telah banyak
melahirkan insan berkualiti dan segelintir
daripadanya memegang jawatan penting di
seluruh Malaysia. SMK Saribas turut mengejar
status sekolah elit setelah mengalami
kejatuhan semenjak beberapa tahun yang lepas.
Dengan kedudukan strategik
di atas bukit dan kawasan yang luas, ia
menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif dan suasana harmoni sesuia dengan
konsep sekolah dalam taman yang
diaplikasikan sekarang.
|
|
|
|
|
Pasar Debak |
|
|
|
|
Pekan Debak dilengkapi
dengan deretan rumah kedai yang moden dan
menawarkan pelbagai jenis barangan dari
sekecil jarum sehingga sebesar jentera.
Didominasikan oleh penduduk Cina, pasar
Debak dilihat sebagai nadi ekonomi Debak.
Penduduk di sekeliling malah dari Spaoh
turut datang ke Debak kerana harga yang
ditawarkan lebih berpatutan. Pasar baru
dibina ekoran terbakarnya pasar lama "ala
koboi". Terdapat jua dua deret rumah kedai
lama yang terus digunakan sehingga ke hari
ini.
Terdapat hampir 50 unit rumah kedai di
Debak dan ia menawarkan variasi dimana
antaranya ialah:
- Barangan Runcit
- Perkakas Elektik dan Elektronik
- Penjualan Telefon Bimbit
- "Cold Storage"
- Kedai Alat Tulis
- "Hardware"
- Pakaian dan Tekstil
- Kedai Makan dan Restoran
- Eksesori Kereta, Motosikal dan
Bengkel
- Barangan Kemas dan Perhiasa
- Perabot dan Hiasan Dalaman
- Pusat Snooker
|
|
|
|
|
Market Serbaguna MDB |
|
|
|
Market Serbaguna MDB
dibina menggantikan deretan kedai makanan
lama suatu ketika dahulu. Berfungsi sebagai
pasar basah di bawah dan gerai minuman di
atasnya, market ini memberi peluang kepada
penduduk di Debak memasarkan hasil tani,
tangkapan ikan dan pelbagai lagi di suatu
tempat yang berpusat.
Kadangkala, terdapat jua
peniaga dari luar Debak yang datang
memasarkan produk mereka di foyer market ini.
Kewujudan foyer ini jua membolehkan gerai
minuman dibuka pada waktu malam. Dengan
kedudukan di antara deretan kedai ianya
sungguh strategik dan sesuai dengan istilah
serbagunanya.
|
|
|
|
|
Pejabat dan Perpustakaan MDB |
|
|
Pejabat dan Perpustakaan
MDB merupakan "one stop point" untuk Majlis
Daerah Betong di Debak. Selain berfungsi
sebagai tempat menyelesaikan bayaran
perbandaran dan urusan rasmi dengan MDB,
perpustakaannya pula menjadi salah satu
daripada khidmat komuniti kepada
masyarakat Debak.
Melalui pengamatan
sesetengah pengguna perpustakaan ini,
khidmatnya amat penting tetapi tercalar
dengan sikap "double standard" oleh
pustakawan di situ. Sepatutnya, sebagai agen
penyebar maklumat, fasiliti yang ada di
perpustakaan tersebut harus dimanffatkan
untuk seluruh lapisan masyarakat dan bukan
untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
|
|
|
|
|
Taman Rekreasi |
|
|
Tidak se"gah" namanya.
Kewujudan taman rekreasi ini tidak seindah
yang disangka. Tidak ada ertinya hipokrit
dalam isu ini. Taman ini tidak terurus
dengan kesan vandalisme merjai segenep
penjuru taman ini. Bukan kerana sikap
penduduk tetapi kegagalan pencangan yang
rapi dalam mewujudkan persekitaran yang
bersih dan segar.
Kolam yang tidak pernah
bertukar airnya ditambahkan lagi dengan air
sampah yang mengalir terus ke dalam kolam
tersebut. lampu yang pecah, laluan berlumut
dan kotor serta menjijikan.Tandas awam yang
wujud tidak pernah berfungsi. Ini mengubah
terus persepsi tentang Debak. Sesuatu harus
dilakukan oleh pihak berwajib. Namun dalam
pada itu, objektif asalnya memang disokong
untuk memberikan tempat riada bagi penduduk
di Debak. Kewujudan taman permainan
kanak-kanak sedikit sebanyak dapat
memberikan alternatif kepada penduduk di
sini. Sekurang-kurangnya Debak mempunyai
sebuah taman rekreasi, terlalu istimewa jika
dibandingkan dengan daerah kecil yang lain.
Edisi
Khas: Pemulihan semula Taman Rekreasi Debak
|
|
|
|
|
Rumah Rehat Kerajaan |
|
|
|
Kewujudan
Rumah Rehat ini adalah salah satu kemudahan
penginapan sekiranya ada pelawat ke Debak.
Rumah Rehat yang dijaga rapi ini boleh
disewa dengan kadar yang sungguh berpatutan
dan berbaloi. Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi Pejabat Daerah Kecil Debak untuk
tempahan. |
|
No comments:
Post a Comment