Debak sebuah pekan kecil yang komprehensif dan membangun terletak di antara Betong dan Saratok.
Dengan menyelusuri Lebuhraya Pan-Borneo, Debak kini dapat diakses
dengan jalan darat berturap. Dengan status sebagai sebuah daerah kecil,
Debak menawarkan pelbagai kegiatan sosio- ekonomi kepada penduduk di
sekitar kawasannya.
Sungai Rimbas
yang mengalir lesu di dada Debak merupakan nadi utama perhubungan Debak
dengan kawasan di sekelilingnya. Kegiatan pertanian merupakan ikon
utama pekerjaan penduduk Debak. Sesuai dengan peredaran masa dan tahap
intelek yang semakin tinggi, 35 peratus dari penduduk Debak sudah
berkarier di sektor kerajaan, swasta dan menjadi usahawan.
Dilengkapi dengan kemudahan asas, Debak juga menjadi tumpuan kepada
penduduk disekitar kejiranan daerah dengan pelbagai keunikan dan
keistimewaan. Komposisi penduduk yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina
cukup menjadikan Debak sebuah kawasan yang mesra dan meriah.
Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu
yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya
Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung
Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu, Dit, Tuie dan Serabang
juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.
No comments:
Post a Comment